Kenapa aku tak kaya macam orang lain? Kenapa aku tak cantik? Kenapa nasib aku tak sebaik orang lain? Kenapa Allah selalu beri ujian yang buruk pada aku..? dan banyak lagi...
Dalam ceramah ini, Br Nouman menjelaskan konsep "aku kaya/bernasib baik sebab tuhan sayang kat aku" adalah konsep yang dipakai oleh orang kristian. Pada mereka nilai kasih sayang tuhan boleh diukur dengan kekayaan yang diterima dan nasib yang sentiasa baik.
Pada orang Islam pula, konsep ini tidak boleh digunakan. Contohnya Firaun...walaupun dikurniakan kekayaan yang tidak terkata, dia adalah orang yang dilakhnat oleh Allah.
Setiap kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya adalah ujian semata-mata. Allah menguji kita dengan pelbagai cara, kekayaan boleh membuatkan kita lupa kan Allah. Kedaifan juga boleh membuatkan kita lupa pada Allah. Oleh sebab itu, setiap apa yang dikurniakan oleh Allah perlu disyukuri dan diambil iktibar supaya ia menjadi pemangkin untuk mengukuhkan keimanan kita pada Allah. Ini kerana pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan
lebih luas jika dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah
lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya
daripada hamba itu sendiri.
“...Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengatahui, sedang kamu
tidak mengatahui.” (Surah al – Baqarah 2:216).
Kita perlu tanamkan rasa bergantungan kepada Allah. Setiap apa yang kita dapat atau hilang semuanya dari Allah.
Contoh terbaik adalah kisah Nabi Ibrahim a.s, baginda menunaikan perintah Allah untuk meninggalkan anaknya (Nabi Ismail a.s yang ketika itu masih bayi) dan isterinya Siti Hajar ditengah-tengah padang pasir yang tandus. Baginda buat tanpa mempersoalkan langsung perintah tersebut. Baginda bergantung sepenuhnya nasib, isteri dan anaknya pada Allah. Allah memberi ganjaran tanpa disangka-sangka tempat tersebut boleh keluar air dan akhirnya berkembang dan menjadi tumpuan manusia (Mekah) sampai hari ini...
Kita juga perlu mempunyai perasangka yang baik kepada Allah, bersabar dan sentiasa berdoa (diberi petunjuk jalan yang lurus)...Insyallah kita akan memberi ganjaran yang tidak disangka2 atas kesabaran kita itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan