8 Mei 2012

Take Hold of Your Future


Ceramah ini menerangkan cabaran-cabaran besar  yang umat Islam hadapi bagi mempertahankan keimanan dan ketakwaan.

Cabaran-cabaran tersebut bukan sahaja dari luar (orang2 kafir), ia juga wujud dari dalam komuniti Islam itu sendiri. Ia juga boleh wujud dalam diri seseorang muslim.  Oleh itu setiap umat Islam perlu mempunyai asas kefahaman agama yang kuat ini bagi membolehkan mereka menilai kebenaran dan mengelakkan mereka dari terpedaya dengan tipu muslihat orang-orang dan fahaman yang ingin menyesatkan.

Setiap umat islam adalah terbuka untuk bertanyakan soalan berkenaan agamanya. Ini kerana Islam adalah merangkumi ilmu intelek (akal) dan juga ilmu kerohanian (hati)..Oleh itu, adalah menjadi kewajipan untuk kita (umat islam) untuk mempelajari ilmu agama.

Allah juga mencabar orang-orang kafir untuk membawa bukti kebenaran (sekiranya ada) untuk dibandingkan dengan ilmu yang terkandung dalam Al-Quran. Oleh sebab itu, kita juga perlu menyiapkan diri kita dengan Ilmu yang terkandung dalam Al-Quran supaya kita sentiasa bersiap sedia dengan sebarang soalan yang mungkin di ajukan kepada kita oleh orang bukan Islam.

Bagaimana nak mendalamkan Ilmu ?

1) Belajar maksud ayat Al-Quran
2) Aplikasikannya dalam solat (cuba hayati ayat2 yang dibaca dalam solat)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan