1) Para nabi juga mempunyai masalah dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.
2) Iman tidak boleh diwarisi. Walaupun bapanya kuat agama, tak semestinya anaknya akan mengikut jejak bapanya. Sedangkan para Nabi juga tidak mendapat jaminan anak-anaknya akan mengikut jejak langkah mereka...
3) Nabi Yaakub a.s diuji dengan anak-anak yang kebanyakkannya bermasalah. Walaupun begitu dalam masa yang sama baginda juga dikurniakan anak yang soleh seperti Nabi Yusuf. Wbgmanapun semua anak-anak baginda akhirnya bertaubat dan menjadi anak-anak yang baik
4) Nabi Ibrahim a.s dikurniakan anak-anak yang baik dan beriman..Nabi Ismail dan Nabi Ishak
5) Nabi Nuh a.s pula diuji dengan anak-anak yang tidak beriman. Anaknya terus kufur kepada Allah sehingga akhir hayatnya.
6) Setiap anak tidak sama.Ada yang susah dilentur dan ada yang mudah. Ia adalah ujian dari Allah untuk kita
7) Oleh sebab itu, ibu bapa perlu mendidik anak mereka berkenaan Ilmu agama semenjak mereka kecil lagi dan perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
8) Nabi Muhammad saw juga pernah menasihati anaknya Fatimah ra supaya sentiasa mentaati perintah Allah kerana baginda tidak boleh membela anaknya dihadapan Allah sekiranya Fatimah ra melakukan kesalahan pada Allah..
9) Kepada bapa-bapa yang dikurniakan anak-anak perempuan, ia adalah satu kelebihan kerana diberikan keistimewaan oleh Allah mengikut jejak sunnah Nabi Muhammad saw dalam mendidik anak perempuan sehingga dewasa..
10) Zaman sekarang lebih mencabar akibat sifat materiallistik, kebebasan media, - manusia berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik, terkaya dan mempunyai peralatan tercanggih dan mempunyai taraf pendidikan yang tertinggi sehingga melupakan kepentingan meningkatkan ilmu agama dalam diri mereka dan anak-anak mereka
Langkah pertama untuk mendidik anak...
1) perlu tahu isu semasa
2) Kita (ibu bapa ) perlu memperbetulkan istilah kejayaan dalam diri. Apa maksud kejayaan yang dicari oleh ibu bapa? Kalau wang ringgit, anak-anak automatik akan menjadikan wang ringgit sebagai ukuran kejayaan mereka.
3) Anak-anak sentiasa mendengar perbualan ibu bapa...sekiranya kita asyik membandingkan orang, atau asyik cakap pasal duit, cakap pasal hiburan, secara tak langsung anak-anak akan juga mengikut dan membuat kesimpulan ini adalah yang penting sebab mak n bapak asyik cakap benda ni jee...
Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah bersembang benda-benda yang baik-baik seperti bantu orang lain, al-quran, perkara yang berfaedah dsb..
5) Berkomunikasi dengan anak adalah cara yang terbaik. perlu sediakan masa untuk bersembang dan bertanya kabar anak-anak walau sesibuk mana pun
6) Bapa memainkan peranan utama dalam setiap keluarga untuk mengajar anak ilmu agama dan mengajar menjadi manusia yang berguna, dan seterusnya menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka kelak.
7) Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk mengajar anak-anak ilmu Al-Quran. Perlu menjadikan Al-quran sebagai rujukan utama untuk setiap masalah. Jadikannya sebagai rutih harian untuk luangkan masa dalam 10 min- 20 min untuk hafal, atau belajar ilmu Al-quran dengan anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan