Our Legacy For the Next Generation: DOUBT? By Nouman Ali Khan
Ceramah ini adalah berdasarkan ayat Surah Ash-Shura [42:14]
Tafsir Dalam English - Sahih International
وَمَا تَفَرَّقُواْ
إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْياً بَيْنَهُمْ
And
they did not become divided until after knowledge had come to them -
out of jealous animosity between themselves.
وَلَوْلاَ كَلِمَةٌ
سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِىَ بِيْنَهُمْ
And if not for a word that
preceded from your Lord [postponing the penalty] until a specified time,
it would have been concluded between them.
وَإِنَّ الَّذِينَ
أُورِثُواْ الْكِتَـبَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ
And indeed, those who were
granted inheritance of the Scripture after them are, concerning it, in
disquieting doubt.
Tafsir Dalam Bahasa Melayu
Dan
umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam
menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka
ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa
yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata
kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah
terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman)
hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab
dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang
diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada
dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
Kupasan berdasarkan ceramahan tersebut (berdasarkan pemahaman Aku)
Ayat ini terbahagi kepada 2 bahagian:
Bahagian 1:
Ayat ini terbahagi kepada 2 bahagian:
Bahagian 1:
Allah menceritakan dalam ayat ini berkenaan keadaan kaum dan
golongan yang berselisihan pendapat dan berpecah dalam hal-hal agama sedangkan
mereka itu mengaku mereka beriman kepada Allah dan Rasul.
Perpecahan dan perselisihan pendapat ini berlaku hanya selepas mereka diizinkan Allah untuk mendapat atau belajar ilmu agama. Setiap diri mereka akan menganggap ilmu agama yang dipelajari mereka adalah yang paling benar dan orang lain adalah salah dan batil. Sedangkan hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.
Ulamak – Orang-orang yang mempunyai pengetahuan agama yang
tinggi dan fungsi ulama adalah untuk menyatu padu kan ummah.
Walaubagaimanapun ada sebahagian dari mereka (ulama dan
golongan ilmuan itu) yang menggunakan
pengetahuan agama mereka itu untuk mewujudkan perpecahan dalam masyarakat….
Allah memberitahu kita bahawa perpecahan ini terjadi kerana wujudnya perasaan بَغْياً بَيْنَهُمْ @ ”keinginan untuk mendominasi orang lain-termasuklah sifat ego, hasad dengki,riak merasakan diri adalah yang terbaik” dalam diri mereka

Cara mereka berselisihan pendapat pula adalah terlalu
sombong dan bongkak Mereka memberikan pendapat mereka dalam
keadaan mana mereka hanya nak menang dan untuk menunjukkan pada orang lain
mereka adalah dalam golongan yang paling benar dan terbaik. Ia bukan untuk
kebaikkan agama, ia lebih kepada mempertahankan ego dan kepentingan mereka semata-mata. Mereka juga akan menggunakan hadis dan ayat-ayat Al-Quran untuk menyokong pendapat tersebut
Ada juga golongan yang bukan la ulamak pun.---->Mereka adalah
orang biasa yang selepas je belajar berkenaan ilmu agama dari mana-mana guru
agama, mereka mula membuat kesimpulan sendiri dan mereka akan
mengikut ulama yang mereka anggap adalah yang paling benar dan mengganggap
ulama yang lain salah
Dalam Islam sendiri ada adab-adab untuk memberikan pendapat. Setiap orang perlu menghormati pendapat dan pandangan orang lain walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju pada satu-satu pandangan yang dikemukaan. . Setiap pendapat, pandangan dan teguran yang diberikan perlulah semata-mata untuk kebaikkan dan bukan sebab mempertahankan ego semata-mata. Ia perlu dilakukan dengan penuh rasa rendah diri, kerana pada akhirnya Allah juga yang Maha Mengetahui Segala-galanya. Pendapat dan teguran yang dikeluarkan secara kasar akan menyebabkan terjadinya pergaduhan dan menyebabkan perpecahan
Dalam ceramah tersebut ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad melayan para sahabat baginda. Walaupun baginda adalah utusan Allah, yang mana setiap apa yang dibawa dan diajar adalah diilhamkan secara langsung dari Allah, baginda masih lagi bertanyakan pendapat para sahabat baginda. Dalam surah Al-Imran, Allah memberitahu, sekiranya baginda ingin memberikan teguran, baginda perlu melakukannya secara lemah lembut kerana sekiranya baginda melakukan secara kasar dan tegas, ramai pengikutnya akan melarikan diri,
Bahagian 2:

Contoh yang paling jelas adalah perselisihan faham berkenaan Mazhab...Walaupun diketahui bahawa 4 Mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jamaah (kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat) seperti Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Shafie, tapi masih wujud ketaksuban pada satu-satu mazhab yang mana sekiranya ada orang lain yang ikut mazhab lain atau mencampurkan mazhab dalam amalan, ada yang mengatakannya sebagai sesat dan salah...Sedangkan siapalah kita untuk mempertikaikan antara amalan dan ajaran yang ditulis oleh ulama-ulama mazhab ini? Selagi ia masih berpandukan Al-Quran dan Hadis dan pendapat sepakat Para Ulama dan Sahabat ia adalah masih benar dan layak untuk diamalkan. Tak salah untuk mencari yang mudah selagi ia masih mengikut Sunnah, Al-Quran, persepakatan ulama dan Para Sahabat.
Yang penting Niat kene ikhlas hanya kerana Allah..
Dalam ceramah tersebut ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad melayan para sahabat baginda. Walaupun baginda adalah utusan Allah, yang mana setiap apa yang dibawa dan diajar adalah diilhamkan secara langsung dari Allah, baginda masih lagi bertanyakan pendapat para sahabat baginda. Dalam surah Al-Imran, Allah memberitahu, sekiranya baginda ingin memberikan teguran, baginda perlu melakukannya secara lemah lembut kerana sekiranya baginda melakukan secara kasar dan tegas, ramai pengikutnya akan melarikan diri,
Bahagian 2:
Allah memberitahu kita apa yang akan terjadi pada hasil dari perpecahan yang berlaku tersebut
Allah murka dengan apa yang golongan ini telah lakukan, kerana sepatutnya agama ini diturunkan untuk menyatukan ummah, sebaliknya kerana sifat ego golongan tersebut di atas, ia telah menyebabkan perpecahan. Sehinggakan Allah ingin menghukum golongan ini serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan