7 Mac 2012

Islam Is My Way of Life 1 .. Niat Hanya Kerana Allah ~ Mendatangkan Rasa Ikhlas Dalam Setiap Perbuatan.

Islam merangkumi keseluruhan aspek kehidupan...Islam guides from the cradle to the grave...
Islam bukan seperti agama-agama lain, yang diamalkan hanya pada waktu2, hari, dan tempat tertentu sahajaa...
Islam adalah kehidupan. Panduan kehidupan yang merangkumi fitrah semulajadi manusia yang ditetapkan/diatur oleh Allah dan diajar/ditunjukkan oleh Rasulnya Nabi Muhammad SAW

Pertama: Lafaz Bismillah dan Niat Kerana Allah..
Dalam Islam..setiap perbuatan perlu didahului dengan lafaz bismillah...dan niat hanya kerana Allah..


Aku ni tidak la berada dalam kategori umat yang alim pun..biasa-biasa jee kata orang... mengumpat, bangga diri, pemarah, suka membanding, dan semua yang sifat-sifat buruk tu ada pada aku...Kadang-kadang akibat terbiasa sangat perkara-perkara yang tak elok tu terkeluar je tanpa aku sempat pikir pasal dosa, pahala dan kesannya pada orang sekeliling aku..

Seperti kebanyakkan orang yang biasa-biasa, aku juga tidak terlepas dari sifat riak dan sifat yang suka dipuji. Kalau aku lakukan sesuatu, aku suka sekiranya orang sekeliling tahu, aku yang buat. Aku suka juga mengungkit setiap kebaikkan yang aku dah buat.

Satu hari aku tertengok ceramah  Dr Robiah - Dalam Tanyalah Ustazah di TV9 ...   mulanya aku tertarik dengan cara Dr Robiah ni bagi ceramah..lawak gilaa.. tapi dalam masa yang sama aku juga tertarik dengan isi kandungan ceramah beliau berkenaan bagaimana nak jadikan hati kita ikhlas. Ikhlas kerana Allah...     









Isi kandungan ceramah:
1) Setiap perbuatan perlu ada niat hanya kerana Allah
2) Hanya hati yang ikhlas kerana Allah sahaja akan menerima ganjaran pahala dan keberkatan dalam setiap perbuatan.
3) Perbuatan yang asalnya ikhlas kalau diungkit, akan menjadikan perbuatan itu sia-sia dan tidak mendapat/mengurangkan pahala dari Allah.
4) Untuk melatih hati kita menjadi ikhlas, kita perlu lah melafazkan niat tu sama ada dalam hati atau melalui mulut. Sebab dengan melafazkannya dalam sedar, kita akan sentiasa beringat tentang tujuan asal kita iaitu membuat sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, dan ini mendatangkan rasa keikhlasan dalam diri. Bila hati kita ikhlas, kita tidak akan merungut, mengungkit atau merasa penat kerana kita tahu Allahlah yang akan memberi ganjaran di akhirat nanti.
5) Jadikan setiap kebaikkan dan perbuatan kita itu sebagai saham akhirat...dan modal tambahan untuk memberatkan timbangan neraca amalan kita,,,,kita buat dan kita lupakan ...tak perlu ungkit dan tak perlu kenang...Biar Allah yang memberikan ganjaranyaa...
6) Think positive -
7) Untuk beri sedekah or sumbangan..buat la yang termampu sahaja supaya hati tidak terkenang-kenang di kemudian hari
8) Amalkan Sikap Low Profile...Buat relax je dan tak perlu nak perasan bagus..

Semoga hati ini sentiasa Ikhlas dan mengamalkan seperti yang tertulis di atas...
Permudahkanlah hati ini Ya Allah..

Allah jua yang Maha mengetahui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan