14 Feb 2012

Majlis Ilmu Online - 30 Minit Ustaz Don - (Pengenalan Tentang Islam)

 (Pengenalan Tentang Islam) - Bahagian 1


1) Fitrah manusia - Sifat semulajadi yang ada dalam diri setiap manusia.

2) Fitrah Manusia memerlukan agama. Oleh sebab itu mereka akan tercari-cari makna kehidupan dan pencipta alam. Oleh sebab itu banyak agama wujud di dunia ini bagi mengisi fitrah tersebut.

3) Asas Agama Islam  - Rukun Islam (5 perkara) dan Rukun Iman (6 perkara)

4) Rukun Islam
i) Mengucap 2 Kalimah Syahadah
ii) Solat 5 waktu
iii) Berpuasa Di Bulan Ramadhan
iv) Menunaikan Zakat
v) Mengerjakan Umrah dan Haji (sekiranya mampu)

5) Rukun Iman
i) Percaya pada Allah
ii) Percaya pada Malaikat
iii) Percaya kepada Kitab Allah (Al-Quran)
iv) Percaya kepada Rasul utusan Allah
iv) Percaya kepada Hari Kiamat
v) Percaya pada Qada' dan Qadar


Semua orang akan anggap agama mereka adalah yang paling benar...Orang Islam akan mengaku agamanya benar, orang kristian pun mengaku agamanya benar, Penganut agama hindu dan budha pun akan mengaku agamanya benar, dsb... Macam mana tu?

Apa bezanya agama Islam dengan agama yang lain-lain??

Jawapan:
Ambil bukti Al-Quran sebagai bukti no 1 kebenaran Islam.  Kitab agama lain ada pelbagai versi. Kitab Alquran (Bukan Tafsir) adalah sama. Walaupun semua kitab-kitab itu dibakar, Kitab Al-quran boleh ditulis semula dan dibaca(hafalan) tanpa sebarang percanggahan/pertukaran perkataan, huruf, makna dan baris. Ilmunya akan kekal sehingga hari Kiamat. (minit ke 20:00)


Bukti 2 - Ilmu dalam Al-quran  adalah sama dan tidak bercanggah langsung dengan penenuan dan bukti sains yang baru ditemui pada zaman sekarang ini. cth: kejadian penciptaan dan kehidupan bayi dalam kandungan ibu. Walhalnya Alquran telah lama wujud berbanding dengan bukti sains yang ditemui tersebut. Ilmu Al-Quran  lebih advance dari zamannya. Adalah mustahil pada zaman Rasullullah (ketika Al-quran diturunkan) manusia boleh tahu perkara-perkara ini.


 (Pengenalan Tentang Islam) - Bahagian2


Adakah  kita dianggap ikhlas dalam beribadat kalau  hanya kerana terpaksa buat sebab takut seksa Allah ? (min 3:00)

Jawapan:
Oleh kerana manusia dijadikan berbeza-beza...terdapat 3 tahap keikhlasan

1) Keikhlasan Tahap Hamba yang Takutkan Tuannya
Sepertii hamba yang mengikut arahan tuannya. Tak ikhlas sangat pun. Kalau tak buat nanti tak dapat gaji, didenda atau kene marah dengan tuannya.

2)  Keikhlasan Tahap Pedagang
Win win situation.. Dia nak buat sebab nakkan balasan pahala dan syurga dari Allah

3) Keikhlasan Tahap Bercinta Kekasih
Buat ibadat dengan kerelaan dan kalau boleh nak buat banyak lagi ibadat sunat semata-mata kerana Allah dan cintanya pada Allah..

Agama = Ad deen = Gaya Hidup
Agama Islam = Gaya Hidup Orang Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan