1) 2 Solat yang digabungkan atau dihimpunkan
2) Boleh dilakukan untuk solat Zohor & Asar dan juga Maghrib & Isyak sahaja.
3) Boleh dilakukan sekiranya ada sebab-sebab tertentu yang dibenarkan oleh syarak seperti bermusafir, sakit, kesibukan melampau, bencana atau musibah, ketika melakukan kerja yang mana sekiranya ditinggalkan akan menyebabkan mudarat dan bahaya kepada diri sendiri atau orang lain cth: seperti pakar bedah yang sedang melakukan pembedahan, polis trafik, orang perempuan yang dalam perjalanan menaiki bas yang membahayakan dirinya sekiranya ia singgah dan berhenti untuk solat.
5) Sekiranya tidak bermusafir, tidak boleh memendekkan bilanggan rakaat.
Contoh:
i) Zohor dan Asar = Zohor 4 rakaat + Asar 4 rakaat.
boleh dilakukan sama ada waktu Zohor ataupun Asar
ii) Maghrib dan Isyak = Magrib 3 rakaat + Isyak 4 rakaat.
boleh dilakukan sama ada waktu Maghrib ataupun Isyak
Solat Qasar
1) Memendekkan solat.
2) Dibenarkan untuk orang yang bermusafir sahaja
3) Hanya untuk solat 4 rakaat sahaja = dipendekkan menjadi 2 rakaat
4) Boleh dilakukan mengikut waktu solat biasa. Iaitu Zohor yang asalnya 4 rakaat boleh disingkatkan menjadi 2 rakaat.
Solat Jamak dan Qasar
1) Solat Qasar boleh dilakukan secara jamak. Iaitu 2 solat dihimpumkan dan solat 4 rakaat yang dilakukan boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat. Walaubagaimanapun ia hanya boleh dilakukan oleh orang yang bermusafir sahaja.
contoh:
Sekiranya bermusafir, boleh melakukan gabungan solat Jamak dan Qasar berikut
1) Zohor dan Asar = Zohor 2 rakaat + Asar 2 rakaat.
boleh dilakukan sama ada waktu Zohor ataupun Asar
2) Maghrib dan Isyak = Magrib 3 rakaat + Isyak 2 rakaat.
boleh dilakukan sama ada waktu Maghrib ataupun Isyak
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK CERAMAH BERIKUT
(DR ASRI - EX MUFTI PERLIS)
Keistimewaan:
Umat islam perlu melakukan solat dalam apa keadaan sekali pun. Solat adalah perkara yang amat dipentingkan dan menjadi perkara utama dalam Islam.
Hanya dengan melakukan solat dapat membuktikan kepercayaan kita bahawasanya
Allah Adalah Tuhan dan kita adalah makhluk.
Kita perlu menyembah hanya kepada Allah Tuhan Yang Satu.
Allah membenarkan dan mensedekahkan kemudahan dalam bersolat untuk orang-orang yang mempunyai masalah seperti kesempitan masa, sakit dan bermusafir.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mudah. Islam agama rahmat. Ia menunjukkan kasih sayang dan belas kasihan Allah kepada manusia.
Oleh itu marilah kita bersama-sama memperbaiki amalan solat kita hanya untuk Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan