20 Sep 2011

Di Sini Cintaku Bermula...Catatan 1

Dari kecil aku diajar kalau melayu tu mesti islam..
Oleh sebab aku lahir dalam keluarga melayu so automatik aku  ni islam.

Walaupun aku beragama Islam, tapi aku tak paham pun apa islam tu sebenarnya. Aku pelik apa laa yang dorang cakap pasal islam tu indah..pada aku biasa jee...Islam hanya pada nama sahaja takde apa-apa yang menarik pun..

Aku diajar  untuk bersolat dan berpuasa.Perlu buat sebab tuhan suruh. Oleh itu, aku buat just sebab kene buat dan aku tak rasa pun kewujudan tuhan dalam hati aku...kalau solat tu walaupun aku tahu wajib tapi pada aku bersolat dan tak bersolat tu sama je rasanyaaa...


Aku tak berusaha pun nak cari apa makna islam yang sebenar-benarnya..aku terima je bulat-bulat  apa yang ustaz dan ustazah aku ajar kat sekolah..Aku diajar untuk ikut jee.. jangan banyak bertanyaa sebab "Takut terpesong akidah".. Kalau salah soalan atau ada soalan yang mencabar sikit , ayat selamat yang biasa di dengar "Boleh jatuh murtad nanti..."



Dalam diam aku terpikir, kenapa mereka takut sangat?? kalau islam agama yang sebenar kenapa perlu takut untuk dibincangkan.



Perasaan untuk mencari erti islam sebenar timbul selepas aku tengok rancangan TV9 KISAHKU-Sham Kamikaze. Hati cemburu dengan hidayah yang diterima oleh Sham Kamikaze. Selepas episod tersebut, aku mula google di internet dan masuk ke forum-forum perbincangan agama...semuanya sama je... tiada apa yang mengujakan aku berkenaan islam...


Sehinggalah allah menemukan aku dengan youtube di bawah....





Dalam video ini, aku melihat penerangan dan hujah dari Dr Asri (Mantan Mufti Perlis) cukup menarik perhatian dan amat bernas. Sebelum ini aku hanya mengenali penceramah ini hanya atas cerita-cerita kontroversi yang timbul di media sahaja. Selepas aku melihat karisma dan kredibiliti beliau dalam menjawab persoalan yang diberikan, hati aku tertarik untuk mencari dan mendengar  kuliah-kuliah beliau yang ada dalam youtube.... Kuliah pertama beliau yang aku tengok ialah ISLAM ITU MUDAH








Alhamdulillah.
Allah telah memberi jawapan kepada soalan-soalan aku selama ini...Dengan ini Allah telah memperlihatkan kepada aku keindahan sebenar islam...


Hatiku mula mencintaimu ya Allah ...Allah Tuhanku Yang Satu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan